Tajaan

Pesanan Lubuk Karya

Lubuk Karya merupakan sebuah laman blog untuk Pembaca berkongsi Karya Anda seperti, Cerita Lawak, Penulisan Cerpen, Novel Berepisod, Puisi, Karikator, Atau sebarang hasil-hasil Seni anda untuk dikongsikan bersama-sama pengunjung Blog ini. Anda boleh menghantarkan karya-karya anda ke Email kami di :-

karyafun@gmail.com


HANYA KARYA ASLI SAHAJA AKAN DITERBITKAN DI SINI. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB DENGAN SEBARANG PENGLIBATAN MENCURI HASIL KARYA ORANG LAIN. Harap Maklum.

Followers

Monday, 30 May 2011

Pintu Cinta


Siapa dia yang menyapa bagaikan angin lalu..
Di saat aku berada dalam kegelapan gerhana..
Aku tidak pernah peduli akan kehadiran itu..
Kerana aku sedang menantikan pintu yang sedang tertutup..
Pintu yang pernah dulu terbuka untukku..
Begitu lama aku menanti dan mengharap sehingga akhirnya aku memilih untuk berlalu...

Sekali lagi engkau menyapa ku..
Aku menyahut sapaan itu..
Sapaan yang lembut..
Penuh dengan ketenangan...

Kau membawa seribu pertanyaan...
Siapa kah gerangan dirimu..
Aku meragui kewujudan mu..
Dan akhirnya.. 
Kau membuka luas pintu yang bersinar..
Cahaya itu menerangi seluruh alam hidupku..
Aku terlihat taman yang indah di dalam pintu itu..

Satu suara yang menyuruh ku masuk..
Dan aku melangkah dengan ragu-ragu..
Semakin lama aku merasakan semakin tenang bila menghampiri pintu itu...

Aku melihatkan.. 
Pintu yang lama tertutup dulu semakin jauh aku tinggalkan dan semakin hilang dari pandangan..
Dan di hadapan ku taman firdausi yg menanti..
Aku merasakan kebahagiaan makin menghampiri..
Aku mahu kekal disini..
Selamanya...

Nukilan ikhlas 
Arin Noor

No comments:

Post a Comment