Tajaan

Pesanan Lubuk Karya

Lubuk Karya merupakan sebuah laman blog untuk Pembaca berkongsi Karya Anda seperti, Cerita Lawak, Penulisan Cerpen, Novel Berepisod, Puisi, Karikator, Atau sebarang hasil-hasil Seni anda untuk dikongsikan bersama-sama pengunjung Blog ini. Anda boleh menghantarkan karya-karya anda ke Email kami di :-

karyafun@gmail.com


HANYA KARYA ASLI SAHAJA AKAN DITERBITKAN DI SINI. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB DENGAN SEBARANG PENGLIBATAN MENCURI HASIL KARYA ORANG LAIN. Harap Maklum.

Followers

Monday, 30 May 2011

Pintu Cinta


Siapa dia yang menyapa bagaikan angin lalu..
Di saat aku berada dalam kegelapan gerhana..
Aku tidak pernah peduli akan kehadiran itu..
Kerana aku sedang menantikan pintu yang sedang tertutup..
Pintu yang pernah dulu terbuka untukku..
Begitu lama aku menanti dan mengharap sehingga akhirnya aku memilih untuk berlalu...

Sekali lagi engkau menyapa ku..
Aku menyahut sapaan itu..
Sapaan yang lembut..
Penuh dengan ketenangan...

Kau membawa seribu pertanyaan...
Siapa kah gerangan dirimu..
Aku meragui kewujudan mu..
Dan akhirnya.. 
Kau membuka luas pintu yang bersinar..
Cahaya itu menerangi seluruh alam hidupku..
Aku terlihat taman yang indah di dalam pintu itu..

Satu suara yang menyuruh ku masuk..
Dan aku melangkah dengan ragu-ragu..
Semakin lama aku merasakan semakin tenang bila menghampiri pintu itu...

Aku melihatkan.. 
Pintu yang lama tertutup dulu semakin jauh aku tinggalkan dan semakin hilang dari pandangan..
Dan di hadapan ku taman firdausi yg menanti..
Aku merasakan kebahagiaan makin menghampiri..
Aku mahu kekal disini..
Selamanya...

Nukilan ikhlas 
Arin Noor

Thursday, 14 April 2011

Novel Berepisod : Detik Hati Episod 1

Penulis : Arin Noor
Khas Untuk Terbitan Lubuk Karya.blogspot.com

        Lin menunggu panggilan telefon dari Reen, sedari jam 9 pagi. Semalam Reen berjanji akan menghubunginya. Jam di dinding menunjukkan jam 3 petang. Lin akan menaiki pesawat untuk kembali ke Kuala Lumpur jam 8 malam nanti. Seharusnya dia tahu aku akan bertolak balik malam ini, waktu tak banyak lagi. Telefon tidak berjawab pula.. Ermmm....  Hati mula berbisik. Dia terus mengemas beg pakaian kerana waktu tidak mengizinkan untuk dia menunggu lebih lama lagi. Dia tidak mahu tergesa-gesa untuk ke airport. Lin yang mempunyai lawatan kerja selama 3 hari ke Sabah sudah merancang untuk bertemu Reen sebaik selepas segala urusanya selesai. Dia sudah maklumkan awal kepada Reen tentang perancangannya itu. Namun bila hari yang dijanjikan Reen tidak menunjukkan rupa. Malah panggilan tidak berjawab. Lin merasakan kekecewaan di dalam hatinya. Kekasih yang dinantikan tak kunjung tiba.

***

Min yang menunggu Reen di hadapan pejabatnya hampir 30 minit tersenyum manis bila melihat bayang buah hati yang dinanti-nantikan telah muncul. 

"Kenapa lambat... hitam kulit ni tau tunggu tengah panas.." Min merengus manja.
"Sorry sayang... Ada accident tadi kan depan.." Reen memujuk sambil mencuit dagu Min.

Sambil tersenyum Min menarik tali pinggang kaleder mengikat tubuhnya. "Ke mana kita?", Min bertanya kepada Reen. "Kita makan di bandar yer.. lama jugak tak makan dekat sana" Reen mencadang dan tiba-tiba SMS masuk ke telefon bimbitnya dan Reen hanya mengabaikan. "SMS masuk tu... " Min prihatin. 
"Tengah memandu ni sayang... nanti bacalah.. bukan ada hal penting pun.."
Mereka telah sampai ke restoran yang dimaksudkan. Pasangan itu pun keluar dari kereta. Reen mengeluarkan telefon bimbitnya dan membaca SMS. Datangnya dari Lin.

"Lin akan tinggalkan sabah dalam masa 5 minit lagi. Lin sangat kecewa dengan Reen yang tidak menghargai Lin yang datang dari jaun untuk bertemu Reen.. Terima Kasih"

Reen menelan liur. Maaf kan Reen......Lin
"Reen...Cepatlah... Lapar ni.. Dari siapa tu?" Min menunggu.
"Tiada siapa.. jom."


****


"Hai Lin... how sabah?" Mageret menegur Lin yang baru masuk pejabat.
"Cantik... Aku ada belikan pearl untuk kau.. murah jer kat sana.."
"Really? Give it to me.. "
"Tuh... Atas meja tu amiklah mana kau suka" Lin senyum manis dan sambung melihat PC.
 Lin membuka Email yang tiga hari tak dibukanya. Dan sedang dia membaca Email tiba YM nya berbunyi menandakan ada seseorang sedang online. Dilihatnya nama yang cukup dikenali di alam maya itu. "Faris" nama itu yang terpacul di bibirnya dan setiap kali nama itu wujud di skrin PC nya pasti dia akan tersenyum walaupun hanya sekadar melihat nama tanpa ada sebarang perbualan. Faris yang dikenali sejak setahun yang lalu sering membuatkan dia terasa hidupnya terisi apabila dia merindukan Reen. Walaupun dia tidak pernah berjumpa bertentangan mata dengan Faris namun dia cukup selesa dengan cara Faris yang seperti banyak pengetahuan, mereka sering bertukar-tukar pendapat dan sentiasa melakukan perbincangan yang sihat. Faris tidak pernah bertukar topik seperti lelaki-lelaki yang menggunakan Cyber ini untuk mencari pasangan. Itu yang membuatkan Lin menjadi selesa untuk mendekati lelaki itu. Mereka tidak pernah bersua, mereka tidak pernah bertukar-tukar nombor telefon dan hubungan mereka hanyalah melalui alam maya semata-mata. Cuma sekali sahaja Lin pernah melihat wajah Faris melalui YM pada awal perkenalan dahulu. Itupun kalau disuruh ingat pasti lupa.

Lovely_Lin : Hai Faris..
Faris : Hai Lin.. How are u today?
Lovely_Lin : Baik.. Lin baru balik dari Sabah. Tadi malam sampai..
Faris : Ye ker.. Ada apa di Sabah? Tak bagi tahu pun.. Patutlah lama tak nampak..
Lovely_Lin : Ada seminar 3 hari jer pun.. dah kata lama tak nampak? Rindu ker? hahahahaha
Faris : Rindulah jugak... heheh yerlah.. selalu tengok kalau online boleh dikatakan 24 jam.. kalau tak ada tu kira time tidur jer kan... jadi bila 3 hari tu offline.. kira lama lah tu.. hehehe
Lovely_Lin: Hehehehe... Okek Faris.. Lin gtg.. Boss panggil... See u
Faris : Orite.. Take Care.

End

Setiap kali selepas Chat dengan Faris pasti Lin akan merasa bersemangat.. Dia tidak tahu mengapa.. tetapi itulah perasaan yang di rasakan.. Dia terlupa seketika tentang hatinya yang sedih tidak dapat bertemu dengan Reen di Sabah tempoh hari.

Bersambung..

Tuesday, 8 March 2011

Cerpen : Cinta Suhaila

Tidakkkkk!! Ya Allah anak aku!!" Seorang wanita berusia pertengahan abad menjerit-jerit seperti orang tersampuk hantu. Mayat anaknya yang dijumpai di dalam semak oleh orang kampung itu membuatkan dia menjadi seperti orang hilang akal. Sudah 5 hari berita kehilangan anaknya itu menjadi tanda tanya. Akhirnya segala persoalan kini terjawab sudah. Anak gadis tunggalnya tiada lagi di dunia ini. Kematian yang begitu tragis sekali membuatkan hatinya bagaikan kertas dironyok rapat. Namun apakan daya Allah lebih menyayangi Arwah.
Sekadar Gambar Hiasan
Suhaila hanya mampu memandang setiap kejadian di situ tanpa mampu berkata apa. Sudah 5 hari jasad itu terbiar di situ. Jasad yang sudah rosak dimakan hari dan berbau. Sungguh kejam manusia yang melakukan perbuatan khianat itu. Apalah dosanya? Lalu dia memandang kepada seseorang lelaki muda yang berada di simpang jalan dengan jelingan tajam tanpa senyuman. Seorang lelaki berusia awal 20an seakan-akan gelisah dengan kejadian itu, Harris tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan. Harris seorang jejaka kampung yang mempunyai hati kepada gadis yang sudah menjadi mayat itu tetapi dia seorang yang pemalu dan pendiam membuatkan dia kurang popular dikalangan rakan-rakan sebayanya.

Kenderaan polis sudah pun berlalu dan penduduk kampung kian beransur. Suhaila berjalan menuju ke arah Harris. Harris yang sedari tadi matanya menunduk ke tanah dapat menghidu bau wangian Suhaila mendongakkan kepalanya dan bertentang mata. Dia bagaikan terkejut beruk dengan apa yang terjadi sambil menelan air liur terus beredar dengan pantas dari Suhaila.

Suhaila Merenung Ke Arah Harris (Sekadar Gambar Hiasan)

Keesokan harinya,

"Harris! cepat sarapan ni... Lepas ni nak pergi rumah Makcik Hajar pulak... nak uruskan pengkebumian jenazah anaknya tu, Kesian Ris... dah lah janda, Anak perempuan seorang tu jer jadi peneman dah jadi macam itu, Anak-anak laki semua duduk jauh-jauh.. Abah kau dah pergi dah masjid nak urus-urus apa yang patut, kau ikut mak jerlah ek kita pergi rumah dia.." Beleter Puan Hasni ibu kepada Harris.

Harris hanya menurut perintah tanpa sebarang jawapan. Dia masih dalam keadaan kebingungan. "Engkau ni dari semalam mak tengok lain bebenar gayanya naper ni? diam aja.. tadi malam pun bukanya makan terus masuk tidur" Hasni terus sambung leteran. "Tak ada mak. Cuma tak selera nak makan. Kalau tak pergi boleh tak mak?" Tanya Harris mudah-mudahan dia mendapat lampu hijau untuk tidak menghadiri pengkebumian tersebut. "Aghh.. jangan nak ngada-ngada Ris.. Jadi orang kalau taknak bercampur orang baik jadi hantu!"
Hantu?? Gulp.. Harris menelan air liur.

Tanah Perkuburan Masjid Al-Iman,

Jenazah selamat di turunkan dan di kebumikan. Kini tibalah masa untuk bacaan talkin buat Arwah. Suara Imam Hadi mula kedengaran "Ya Suhaila Binti Hajar-" sebaik sahaja nama Suhaila di seru Suhaila muncul dihadapan kuburnya. Harris hampir pengsan namun segera di tahan oleh bapanya yang ada di sebelahnya "Kenapa kamu neh?"  dalam nada berbisik terus Harris menggeleng kepala. Peluh memercik di dahinya. Terkumat-kamit mulutnya membaca doa. Namun kelibat Suhaila makin lama semakin jelas dan bukanya semakin kabur. Talkin selesai dibaca dan orang kampung beransur-ansur berlalu. Harris semakin kuat untuk menghadapi Roh Suhaila. Dia percaya hanya dia sahaja yang dapat melihat Suhaila. Kerana tidak ada seorang pun yang perasan akan kehadiran Suhaila di situ. Suhaila masih lagi duduk menghadap kuburnya. Berpakaian kebaya serba putih sesekali terlihat titisan airmata di pipinya. Harris masih termanggu di situ.

Ketika  pengkebumian Suhaila (Sekadar Gambar Hiasan)


15 minit berlalu tanpa suara, akhirnya Harris bersuara "Ke..kenapa Su ganggu Abang?". Suhaila yang termanggu lalu menjawab "Kenapa Abang tak tolong Su malam tuh?" Gulp.. Sekali lagi Harris menelan air liur. Dia nak balas dendam ker? "Tak.. Su bukan nak balas dendam pada Abang.. Abang tak bersalah."
Aikk macam mana dia boleh tahu hati aku neh kata apa?  "Su kan bukan Su yang dulu lagi.." Sambil senyum tawar Suhaila bangun dari merapati Harris "Su perlukan bantuan, Hanya Abang yang dapat membantu Su." 
"Bantu macam mana?" Harris bertanya.
"Bantu mencari barang Su yang hilang" Suhaila menjawab
"Barang?" Harris buntu
"Yer.. barang. Semasa hari Su dibunuh oleh penghisap dadah tu, Su dalam perjalanan pulang dari bandar. Su ada membeli barang untuk dihadiahkan kepada sesorang yang bertakhta di hati Su sejak dulu lagi. Tapi Su tak sempat nak beri barang tu sebelum Su jadi macam ni..." Suhaila menundukkan kepalanya . Ada sedikit garis kecewa di hati Harris.  "Abang..Kena tolong cari benda tu sekarang. Tolong.." Suhaila merayu.
"Tapi nak cari benda tu kat mana?" Harris menggaru kepala.
"Kat tempat semalam.. Kat tempat Abang berdiri.. Benda tu tercicir di situ. Jom kita pergi sekarang, sebelum malam."

Suhaila dalam perjalanan mencari bungkusan yang tercicir (Sekadar Gambar Hiasan)

Suhaila mendahului Harris tanpa berkata panjang. Harris terus membontoti Suhaila meninggalkan kawasan perkuburan tersebut. Dan kini mereka berjalan seiringan. Dalam perjalanan itu mereka berbual - bual. Semasa hidup tak dapat aku bersembang dengan dia macam ni.. dah mati baru aku boleh jalan berdua-dua dengan dia ekekeek   kenalan terdetik di hati Harris. Suhaila tersenyum, Harris yang perasan tentang hal itu termalu sendiri. "Abang ni Su ingatkan pemalu.. Tapi boleh tahan jugakkan??" Suhaila menyindir. "Heheheh... biasalah Su.. dalam hati siapa yang tahu.."
"Abang suka Su kan..." Suhaila bertanya sesuatu yang sudah dia tahu jawapan.
"Ermm... Su tau hal tu kan..." Suara Harris Mendatar
"Yerp.. Setelah Su menjadi begini baru Su tau... Kenapa ek Abang?" Su bertanya.
"Abang tak mampu nak meluahkan Su. Su cantik.. ramai yang meminati Su.."
"Habis... Setelah Su jadi begini? Siapa lagi yang meminati Su, Abang?
Harris menjawab "Abang sentiasa akan meminati Su.. Walaupun abang hanya dapat meluahkan isi hati abang setelah Su berkeadaan begini" Harris senyum. "Yerlah... Sebelum tuh pun lari juga kan.." Suhaila mencebik.
Uishh siapa yang tak lari kalau nampak roh orang mati. Kata-kata itu bagaikan tersentap ke hati Suhaila. Harris yang terlupa akan perkara itu merasa bersalah kerana ketelanjuran hatinya berbicara. "Maafkan Abang Su.. Tapi Abang kira insan bertuah tau Su. Sebab siapa yang boleh lalui saat-saat indah macam ni.. Tul tak?". Suhaila kembali senyum.. "Abang dah sampai". Suhaila berlari ke tempat yang dimaksudkanya sambil  tercari-cari bungkusan plastik yang mengandungi barang tersebut. Dan akhirnya menemukan bungkusan tersebut di kawasan semak berhampiran tempat Harris berdiri semalam. Dia ketawa riang "Abang dah jumpa!!". Harris senyum sambil hatinya sedikit kecewa kerana hadiah itu adalah untuk insan yang bertakhta di hati Suhaila, Pastinya bukan dia. "Alhamdulillah dah jumpa pun.. Jadi nak buat apa dengan barang ini?" Harris bertanya.
"Untuk Abang.." Suhaila menghulurkan bungkusan tersebut kepada Harris. Harris sedikit tergamam.
"Ambil.." Sambil menganggukan kepalanya. Harris perlahan-lahan mengambil bungkusan itu.
"Su belikan untuk Abang... Niat Su untuk hadiahkan kepada Abang sebab banyak membantu Su dalam pelajaran.. Sehingga Su berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam STPM baru-baru ni. Hadiah ni Su beli dengan hasil titik peluh Su kerja di restoran semasa cuti menunggu keputusan. Tetapi semasa dalam perjalanan pulang haritu Su diserang oleh perompak. Su sempat mencampakkan di sini. Ini memang hajat Su Bang.." Suhaila tersenyum sambil menitiskan airmata. Disambungkan lagi ayatnya "Mungkin ini adalah perkara akhir yang Su dapat lakukan. Abang.. Su akan pergi selamanya. Mungkin Allah memberi izin kepada Su untuk menunaikan hajat Su ini. Iaitu memberi tanda akhir ini kepada Abang. Kerana Su tak berkesempatan untuk lakukannya semasa hayat Su. Abang.. mungkin kerana rasa Cinta yang ikhlas ini juga yang mampu membawa Su kembali ke dunia ini menemui abang di sini hari ini.. Su Cintakan Abang.." Harris tergamam lalu menundukkan kepalanya tidak sanggup memandang wajah Suhaila yang semakin pudar. "Su.. Abang juga sebenarnya mencintai Su selama ini. Tetapi Abang bimbang kalau dengan meluahkan perasaan Abang ini akan membuatkan Su rasa kurang selesa dengan Abang. Abang tak mahu kehilangan Su".
"Terima Kasih Abang...." Suhaila menjawab serentak itu juga Harris mengangkat kepala dan melihat Suhaila sudah tiada di situ. Harris terduduk.  Suhaila kini pergi selama-lamanya.

Seminggu kemudian.

Harris mengemas pakaiannya untuk dimasukkan kedalam beg. Harris bakal terbang ke Indonesia untuk bertugas di sana. Dia baru menerima surat tawaran pekerjaan tersebut pada hari kematian Suhaila. Dia terpandang bungkusan yang diberikan Suhaila. Selepas kejadian itu dia tidak langsung membuka bungkusan itu. Harris mengambil bungkusan tersebut dan perlahan-lahan membuka bungkusan itu. Sebuah kotak comel terlihat sebaik sahaja bungkusan itu di keluarkan. Harris membukanya, Alangkah sayu hati melihat jam tangan bewarna emas putih. Pedih hatinya ketika mengenangkan peristiwa yang berlaku. Kini di mengerti kenapa Roh Suhaila menemuinya, Hanya kerana ingin menunaikan hajat hatinya dan kerana di dalam hatinya ada Suhaila. Teringat ungkapan sebuah filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Kalau kita ingat dia, dia akan ingat kita, Dia datang jumpa kita.  Suhaila..... mudah-mudahan aman Su di sana... Al-fatihah.           

Wajah Suhaila kian pudar di pandangan mata Harris (Sekadar Gambar Hiasan)


Karya Asli
Arin Noor