Khas Untuk Terbitan Lubuk Karya.blogspot.com
Lin menunggu panggilan telefon dari Reen, sedari jam 9 pagi. Semalam Reen berjanji akan menghubunginya. Jam di dinding menunjukkan jam 3 petang. Lin akan menaiki pesawat untuk kembali ke Kuala Lumpur jam 8 malam nanti. Seharusnya dia tahu aku akan bertolak balik malam ini, waktu tak banyak lagi. Telefon tidak berjawab pula.. Ermmm.... Hati mula berbisik. Dia terus mengemas beg pakaian kerana waktu tidak mengizinkan untuk dia menunggu lebih lama lagi. Dia tidak mahu tergesa-gesa untuk ke airport. Lin yang mempunyai lawatan kerja selama 3 hari ke Sabah sudah merancang untuk bertemu Reen sebaik selepas segala urusanya selesai. Dia sudah maklumkan awal kepada Reen tentang perancangannya itu. Namun bila hari yang dijanjikan Reen tidak menunjukkan rupa. Malah panggilan tidak berjawab. Lin merasakan kekecewaan di dalam hatinya. Kekasih yang dinantikan tak kunjung tiba.
***
Min yang menunggu Reen di hadapan pejabatnya hampir 30 minit tersenyum manis bila melihat bayang buah hati yang dinanti-nantikan telah muncul.
"Kenapa lambat... hitam kulit ni tau tunggu tengah panas.." Min merengus manja.
"Sorry sayang... Ada accident tadi kan depan.." Reen memujuk sambil mencuit dagu Min.
Sambil tersenyum Min menarik tali pinggang kaleder mengikat tubuhnya. "Ke mana kita?", Min bertanya kepada Reen. "Kita makan di bandar yer.. lama jugak tak makan dekat sana" Reen mencadang dan tiba-tiba SMS masuk ke telefon bimbitnya dan Reen hanya mengabaikan. "SMS masuk tu... " Min prihatin.
"Tengah memandu ni sayang... nanti bacalah.. bukan ada hal penting pun.."
Mereka telah sampai ke restoran yang dimaksudkan. Pasangan itu pun keluar dari kereta. Reen mengeluarkan telefon bimbitnya dan membaca SMS. Datangnya dari Lin.
"Lin akan tinggalkan sabah dalam masa 5 minit lagi. Lin sangat kecewa dengan Reen yang tidak menghargai Lin yang datang dari jaun untuk bertemu Reen.. Terima Kasih"
Reen menelan liur. Maaf kan Reen......Lin
"Reen...Cepatlah... Lapar ni.. Dari siapa tu?" Min menunggu.
"Tiada siapa.. jom."
****
"Cantik... Aku ada belikan pearl untuk kau.. murah jer kat sana.."
"Really? Give it to me.. "
"Tuh... Atas meja tu amiklah mana kau suka" Lin senyum manis dan sambung melihat PC.
Lin membuka Email yang tiga hari tak dibukanya. Dan sedang dia membaca Email tiba YM nya berbunyi menandakan ada seseorang sedang online. Dilihatnya nama yang cukup dikenali di alam maya itu. "Faris" nama itu yang terpacul di bibirnya dan setiap kali nama itu wujud di skrin PC nya pasti dia akan tersenyum walaupun hanya sekadar melihat nama tanpa ada sebarang perbualan. Faris yang dikenali sejak setahun yang lalu sering membuatkan dia terasa hidupnya terisi apabila dia merindukan Reen. Walaupun dia tidak pernah berjumpa bertentangan mata dengan Faris namun dia cukup selesa dengan cara Faris yang seperti banyak pengetahuan, mereka sering bertukar-tukar pendapat dan sentiasa melakukan perbincangan yang sihat. Faris tidak pernah bertukar topik seperti lelaki-lelaki yang menggunakan Cyber ini untuk mencari pasangan. Itu yang membuatkan Lin menjadi selesa untuk mendekati lelaki itu. Mereka tidak pernah bersua, mereka tidak pernah bertukar-tukar nombor telefon dan hubungan mereka hanyalah melalui alam maya semata-mata. Cuma sekali sahaja Lin pernah melihat wajah Faris melalui YM pada awal perkenalan dahulu. Itupun kalau disuruh ingat pasti lupa.
Lovely_Lin : Hai Faris..
Faris : Hai Lin.. How are u today?
Lovely_Lin : Baik.. Lin baru balik dari Sabah. Tadi malam sampai..
Faris : Ye ker.. Ada apa di Sabah? Tak bagi tahu pun.. Patutlah lama tak nampak..
Lovely_Lin : Ada seminar 3 hari jer pun.. dah kata lama tak nampak? Rindu ker? hahahahaha
Faris : Rindulah jugak... heheh yerlah.. selalu tengok kalau online boleh dikatakan 24 jam.. kalau tak ada tu kira time tidur jer kan... jadi bila 3 hari tu offline.. kira lama lah tu.. hehehe
Lovely_Lin: Hehehehe... Okek Faris.. Lin gtg.. Boss panggil... See u
Faris : Orite.. Take Care.
End
Setiap kali selepas Chat dengan Faris pasti Lin akan merasa bersemangat.. Dia tidak tahu mengapa.. tetapi itulah perasaan yang di rasakan.. Dia terlupa seketika tentang hatinya yang sedih tidak dapat bertemu dengan Reen di Sabah tempoh hari.
Bersambung..